Awak....
Pagi itu awak sms....
Tapi saya tak dapat balas....
Saya sakit....gastrik saya datang lagi....
Jadi saya tak ada mood nak main mesej dengan awak....
Malamnya baru saya sms awak....
Mintak maaf pasal siang tadi....
Awak bagitau....
Esok awak nak balik ke kampung awak....
Saya pesan...supaya awak berhati-hati....
Lagi pula awak balik pada waktu malam....
Dan saya minta...awak bagitau saya....
Sebaik saja awak selamat sampai ke kampung nanti.
Awak....
Malam ini malam raya....
Saya tau...awak masih dalam perjalanan kan....
Dan saya...masih berjaga walaupun jam sudah hampir 3 pagi....
Saya dan adik-adik menolong mak buat persiapan terakhir untuk sambut raya....
Kek sudah siap dibakar....
Lemang dan ketupat sudah tersedia....
Tinggal lagi rendang...yang masih di atas dapur....
Suasana pagi yang dingin dan sepi ini mendamaikan jiwa....
Membuatkan saya terkenangkan awak....
Menambahkan kerinduan di hati ini....
Raya kali ini memberi seribu makna buat saya....
Kerana saya menyambutnya bersama teman baru iaitu...awak!
Lamunan saya terhenti....tatkala telefon saya berbunyi nyaring....
Mesej masuk...saya agak ianya daripada awak....
Memang betul....awak bagitau....
'Awak, saya dah sampai. Selamat Hari Raya Aidilfitri.'
Saya rasa terharu pulak....
Kerana awak tak lupa pada pesanan saya....
Adakah ini bermakna awak juga mengingati saya?....
Suasana di pagi raya memang cukup meriah....
Dikala takbir raya bergema....
Perasaan syahdu menerjah jiwa....
Ramadhan telah pun kita tinggalkan....
Saya bersyukur kerana masih diberi waktu....
Untuk bernafas di bumi Allah ini....
Menyambut hari mulia bersama keluarga, saudara-mara dan teman-teman....
Melihat kanak-kanak keriangan berbaju baru....
Mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil dulu....
Saya terfikirkan awak....
Agaknya apa yang awak sedang buat sekarang ni?
Pukul 10 pagi tu...awak sms....
'Assalamualaikum. Awak tengah buat apa tu?
Selamat Hari Raya wak...Saya mohon maaf jika ada sakitkan hati awak...
kosong-kosong ye!'
Saya membalasnya...dengan ucapan yang sama....
Dan mendoakan agar awak berbahagia di hari raya.
Awak....
Malamnya awak sms lagi....
Awak tanya saya...macam mana sambutan raya hari ini....
Saya jawab....raya hari ni ok....
Cuma rugi sikit sebab saya kena gastrik lagi....
Jadi tak dapat makan banyak-banyak....awak macam mana?
Awak balas balik...' Yeker? Kesiannya...dah makan ubat ke tu?Makan ubat! Saya hari ni seronok dan rasa dah gemuk dah ni.Asyik makan je...pergi sana makan...pergi sini makan....Awak tak pergi beraya ke?'
Saya cakap...pergi, tapi rumah atuk sebelah mak ngan abah je....Lepas tu dah tak larat dah, sakit sangat. Balik rumah, makan ubat dan terus tidur.
Sekarang dah ok....
Awak tanya saya...'Sure ke dah ok ni?Kalau tak ok, baik pergi klinik....nanti melarat susah tau....'
Saya kata...betul, dah ok. Lepas raya la baru pergi klinik....
Awak balas....'Eh! Selepas raya pulak...mana boleh..tak boleh!'
Saya tersenyum...sebab awak cuba bertegas dengan saya....
Awak tanya saya lagi....' Ingat saya tak hari ni?'
Saya balas....ingat....awak?
Awak jawab....' Ingat. Rindu sangat! Hehee..awak rindu tak?'
Awak...awak buat saya rasa terkejut....
Tak sangka awak juga berperasaan sedemikian.....
Saya katakan pada awak....yang saya pun rindu....
Tapi saya macam tak percaya je yang awak rindu kat saya....
Awak tanya saya balik....'Yeker rindu? Saya pun tak percaya...betul ke?'
Saya cakap...betul...dan saya tanya awak....
Kenapa awak rindu pada saya? Jawab dengan ikhlas, saya tak nak awak jawab ' tak tau, ntahla..' atau yang sewaktu dengannya....saya nak awak beri jawapan lain.....
Awak balas...'Sebab sekarang ni wajah awak dah melekat dalam fikiran saya....Erm...awak pulak?Jawapan tak nak sama'....
Sekali lagi awak buat saya rasa terkejut....
Adakah ini satu perkembangan dalam hubungan kita?
Saya katakan pada awak...sebab awak sekarang dah jadi sebahagian daripada hidup saya....
Dan saya tanya pada awak..apa maksud awak tadi?....
Awak cakap....'Maksud saya tadi..saya asyik terbayang-bayang je awak....Maksud sebahagian daripada hidup awak tu macam mana?'
Saya jawab....maksudnya, awak sekarang dah jadi kawan saya....yang selalu bertanya khabar saya, kita dah jadi agak rapat....
sebab itulah saya kata awak sebahagian daripada hidup saya....
Awak ketawa....dan tiba-tiba cakap....
'Erm...nanti awak balik kita keluar ye?'....
Dengan berseloroh saya balas....Betul ke?Kenapa nak keluar dengan saya?
Awak jawab...'Betul. Kenapa?Dah tak sudi ye?Erm..kalau macam tu takpelah....'
Saya ketawa bila baca sms awak...bunyinya macam merajuk je....
Lalu saya katakan pada awak yang saya cuma tanya je....kalau awak tak kisah keluar dengan saya...dah tentu saya sudi....
Awak jawab....'Tak nak! Saya tak nak la jumpa awak...Awak macam terpaksa je'....
Saya terkedu...awak ni betul-betul merajuk ke?....
Saya balas....Awak merajuk ke?Saya mintak maaf kalau awak terasa....saya takde niat pun....Tapi kalau betul awak tak nak jumpa saya, terpulanglah....
Cepat-cepat awak balas balik....
'Eh! Mana ada..saya gurau jelah tadi. Nape?Awak tersinggung ke?Sorry ye...Saya nak la jumpa awak....'
Saya kembali senyum setelah membaca mesej awak....
Saya sengaja tanya awak sekali lagi...kenapa awak nak jumpa saya?
Awak jawab....'Saje je...mungkin nak lepas rindu kot'....
Ah! Awak buat saya tersenyum lagi....
Awak....
Sedar tak sedar dah sebulan kita berkawan....
Tapi kita lebih banyak berhubung melalui sms....
Dan dalam tempoh tu..kebanyakkan sms, awak yang hantar dulu....
Suatu hari tu...awak sms saya....'Assalamualaikum...awak dah tidur ke?'
Saya jawab...Belum, tak dapat tidur...perut sakit lagi. Awak buat apa tak tidur lagi?Mak awak sihat?....
Awak balas....'Eh! Kenapa sakit lagi?Dah makan ubat ke tu?Risau pulak saya..Mak saya sihat.Erm...awak suka tak saya mesej ni?'
Saya rasa hairan bila awak tiba-tiba tanya macam tu....
Saya bagitau awak..yang ubat saya tertinggal kat ofis. Tapi takpe, jangan risau...saya ok. Saya suka je awak mesej, kenapa tanya macam tu?
Awak balas....'Macam mana boleh tinggal?Habis, takde ubat la tu?Erm...ntah la. Saya rasa macam awak dah tak suka nak mesej dengan saya. Saya je terhegeh-hegeh....'
Saya semakin pelik dengan sikap awak malam ni....
Saya tegaskan pada awak..yang saya suka sangat bila awak mesej saya....
Saya tertunggu-tunggu mesej daripada awak....
Kalau awak tak mesej...saya rasa macam tak kena je....Mana ada awak terhegeh-hegeh....
Kenapa fikir macam tu?
Awak balas...'Macam tu ye...Ntah la, malam ni saya rasa lain je....rasa kosong....'
Saya katakan pada awak...Awak jangan fikir yang bukan-bukan....saya minta maaf kalau ada dua tiga mesej awak yang saya tak balas atau terlambat balas....Saya betul suka bila awak mesej saya....
Awak balas balik...'Mungkin saya terlampau sangat melayan perasaan saya ni. Erm..awak pernah rasa macam ni?'
Saya jawab...Pernah. Kadang-kadang bila kita terlalu fikirkan seseorang tu, pelbagai persoalan akan timbul....
Masa tu kita mula jadi sensitif terhadap sebarang perubahan pada si dia....
Biarpun hakikatnya bukanlah seperti apa yang kita fikirkan....
Dan selalunya...ini semua berlaku bila kita mula sukakan seseorang tu...Erm...mungkin ke sekarang ni awak dah mula sukakan saya?
Saya bertanya berani...tapi sebenarnya soalan tu lebih berbentuk gurauan....
Awak jawab...'Hehee..macam tu la. Saya dah mula rasa macam saya suka dekat awak...tapi tak tau la awak....'
Saya senyum tidak percaya...tak mungkinlah awak sukakan saya...Betul ke?Kalau betul..kenapa agaknya?
Awak balas...'Kenapa? Awak tak percaya ye?Kalau macam tu takpelah.Tapi saya nak tanya, awak suka tak kawan dengan saya?'
Lama saya berfikir untuk menjawabnya....
Kemudian secara jujur saya katakan pada awak....
Yang saya suka sangat berkawan dengan awak. Saya dah lama sukakan awak..cuma awak je buat tak tau....
Awak balas...'Oyeker? Silap saya la ye. Mungkin masa tu saya tak kenal awak lagi.Ish! Sorry la coz saya membabitkan awak pulak melayan perasaan saya ni. Awak tengah buat apa? Dah lewat ni....'
Saya jawab...tengah main mesej dengan awaklah. Awak tak jawab lagi, kenapa suka kat saya?
Sengaja saya bertanya...nak tau jawapan awak....
Awak balas....'Ish! Nak tau jugak tu jawapannya. Sebab awak manis sangat....Dah la awak, nanti kita mesej lagi. Dah lewat ni, esok nak kerja....Thanks coz layan saya. Erm, hari ni awak ucap sweet words kat saya dulu, boleh?'
Saya senyum...sweet words ye? Alamak, apa ye?Tak tau la....
Yang simple dah la kot....
Selamat malam untuk awak, mimpi yang indah-indah. Miss u!
Awak balas balik...'Thanks! Selamat malam untuk awak juga. Miss u 2!'
Malam tu saya tidur dengan lenanya.....
Awak....
Hari ini saya rasa bosan....
Kerja kat ofis ni memang banyak..tapi saya rasa macam malas je nak buat....
Saya teringatkan awak....
Agaknya awak ingat kat saya tak sekarang ni?....
Tiba-tiba telefon saya berbunyi...ada mesej masuk....
Saya buka....mesej tu datangnya daripada awak....
'Awak dah makan? Do you remember me?'
Saya senyum.....
Awak ni macam tau-tau je saya tengah fikirkan awak....
Saya balas...Dah makan, awak?Saya baru ingatkan awak, tiba-tiba awak sms....
Awak jawab balik...'Dah makan dah. Eh! Sama la...saya pun teringat kat awak jugak..tu yang hantar mesej'
Saya senyum lagi....Saya tanya awak...tak sibuk ke?....
Awak jawab...'A'ah...sibuk sikit, jap lagi nak pergi tempat client'
Saya katakan pada awak....
Kalau macam tu takpelah. Nanti hati-hati bila memandu. Malam nanti saya sms awak. Jangan emotional lak ye....
Awak balas....'Heheee...takde emotional nya pasal sms ni.Ok, bye'....
Saya tersenyum untuk kali yang ntah ke berapa....
Tetiba je saya rasa bersemangat nak buat kerja....
Terima kasih awak! Sebab menceriakan hari-hari saya....
Awak....
Malamnya saya sms awak....seperti yang dijanjikan....
Bukan apa....takut awak merajuk lagi, heheee....
Saya tanya khabar mak awak....
Awak bagitau...yang mak awak sakit tadi....
Saya tanya....teruk ke?....
Awak kata...dah ok, dia dah tidur pun....
Awak marah mak awak....sebab dia tak makan ubat ikut time....
Aduii...sekali lagi awak buat saya jatuh hati....
Dengan sikap keprihatinan awak terhadap mak awak tu....
Saya tau, awak marah sebab awak sayang mak awak kan....
Dah tentu awak tak nak tengok dia susah, menanggung sakit....
Lepas tu awak bagitau saya....'Erm...awak, rindu arr....'
Saya senyum....lalu pura-pura bertanya, biarpun saya tau jawapannya....
Awak rindu kat siapa tu?
Awak jawab....'Ntahla...rasanya kat someone yang kerja dekat M tu'....
Saya makin giat menyakat awak....
Saya tanya awak....Siapa ye? Kat situ ada ramai orang, Kak A ke?....
Awak balas....'Bukanlah...Ala, dengan orang yang duduk kat depan Kak A tu....
Erm...apa namanya ye? Namanya mula dengan huruf S'
Saya tanya lagi....Huruf S?Macam kenal je....Awak dah angau kat dia ye? Nape?....
Awak jawab....'Memanglah kenal! Ni tengah main sms dengan orangnya.Tak angau, cuma rindu je...coz dah lama tak jumpa orangnya....Erm....bila la lagi dapat keluar dengan dia ye....'
Tawa saya meletus....awak ni boleh bawak bergurau jugak ye....
Saya katakan pada awak.....Macam mana nak keluar...awak tak ajak pun....
Awak balas....'Ok, kalau macam tu saya nak ajak awak pergi tengok wayang..ok tak?'
Saya tanya...Bila?Next week ke?....
Awak cakap.....'Yup! Next week. Awak, macam mana ye angau? Awak pernah rasa ke?'....
Saya jawab....Pernah. Angau tu bila kita asyik fikir tentang dia je...setiap saat...setiap masa....
Lepas tu mula la senyum sorang-sorang...kejap kang termenung sana, termenung sini....
Awak tanya lagi....'Siapa la yang selalu awak fikirkan tu ye?'....
Saya balas....Awaklah! Masa saya mula-mula nak kenal awak....
Tapi sekarang takde la angau sangat....
Awak tanya saya....'Kenapa macam tu?Apa awak rasa?Erm...awak rindu saya tak?Saja nak tau awak rindu orang kat sini ke tak?'....
Saya jawab....rindu jugak....
Dah kurang angau sebab sekarang saya dah tau hati awak ada pada orang lain....
Awak tanya saya....'Boleh saya tau, macam mana awak tau hati saya ada pada orang lain ni?'
Saya balas....Kan ke awak sendiri yang bagitau saya hari tu....
Tentang kawan awak kat Jusco tu....awak suka dia kan?
Awak cakap pada saya....'Memanglah macam tu, tapi kalau ada jodoh....
Saya pun tak pasti lagi...mana tau kot jodoh saya dengan awak!'....
Saya balas balik....Yelah tu.... awak pulak macam mana, pernah angau ke?....
Awak jawab....'Ni, sekarang ni la. Asyik ingat awak je'....
Awak, saya sebenarnya tak berapa gembira mendengar jawapan awak tu....
Awak ni suka buat saya keliru....tentang perhubungan kita....
Elok-elok saya boleh terima awak hanya sebagai sahabat....
Awak pulak buat saya rasa macam hubungan kita lebih daripada tu....
Bila saya mula menaruh harapan....
Awak pulak mengecewakan saya dengan cerita tentang si dia yang awak puja....
Tapi saya tak boleh nak salahkan awak...mungkin awak tak sedar semua tu....
Bersambung....